Sunday, 6 January 2013

Welcome 2013!

Woahhhh lamanya tak update ini blog. Hampir hampir terlupa tentang kewujudannya. Hikhik.
Alhamdulillah, syukur pada Allah aku masih lagi bertemu dengan tahun baru , 2013. Tahun baru yang ke 22. Gulp!! Dah 22 tahun aku hidup rupanya. Apa yang aku dah buat selama 22 tahun ni ea? Apa yang aku dah sumbangkan untuk agama selama aku hidup ni? Banyak ke, sikit ke, atau takde langsung?

Ibn Mas'ud pernah berkata
                                       ' Setaip kali matahari terbenam, aku akan berasa menyesal. Kerana
                                         umurku semakin berkurang tetapi amalanku tidak bertambah  '        (T_T)

Ingat lagi masa mula2 sampai India. First impression, mundurnya India ni. Kalau atuk2 kita datang mungkin la diorg akan rasa keadaanya macam Malaysia baru nak membangun lepas kemerdekaan dulu. Walaupun ada je parts of India yang setaraf...ermmm Nilai kot. haha. Tapi in general India ni still kat belakang Malaysia by 10 years maybe.

I guess Allah melihat amalan hamba hambanya macam tu juga. Ada kemajuan ke tidak. Ke berada di zon selesa. Masa solat lepas al-Fatihah sampai umur 22 pun still baca al-Ikhlas je ke, atau dh boleh baca al-Imran? Gulp!! 1 hari solat, masih 5 kali je ke. Atau ada bertambah solat2 sunat. Puasa tunggu Ramadhan, atau Isnin and Khamis dah jadi suatu kemestian untuk puasa sunat?

Kalau ditakdirkan mati pada umur 23 tahun, I have 1 more year left. Sangat rugi dengan keadaan di mana jangka hayat kat dunia semakin pendek, tapi amalan tidak bertambah. Sedangkan tujuan hidup di dunia ni, HANYA la untuk beribadah pada Dia.

Kalau kita boleh sentiasa upgrade diri kita di mata manusia, kenapa tak di mata Allah. Sebab semua manusia tu sama, yang membezakan mereka, cuma iman dan taqwa.

Jadi, sempena tahun 2013 yang baru tiba ni, jom ramai2 berazam untuk tingkatkan kualiti dan kuantiti amalan kita, betulkan niat, setiap pekerjaan itu kerana Allah.

Welcome 2013


1 comment:

  1. nice one...semoga kita semua sama2 dapat memperbaiki diri..=)

    ReplyDelete