Thursday, 15 November 2012

14 NOVEMBER 2012



Gaza kena serang lagi. I'm sure kat facebook tengah havoc pasal ni. Doakan Palestine kawan kawan. Budak umur 1 tahun pun mati rentung. We can't take this anymore. Today shall be the last day we eat McD and drink Starbuck!!

Tuesday, 13 November 2012

Tak Dapat Aku Bayangkan.

Malam ni sambutan Deepavali or kt India ni diorang panggil Diwali. Dari pukul 6 tadi bunyi mercun berdentam dentum kt luar hostel. Lagi kuat  dari bunyi meriam. Rasa macam diorg tengah main baling2 bom pun ada. Mercun kat Malaysia memang kalah kalau nak lawan ngn Indians ni punya. Macam ada orang tengah perang kt luar tu. Aku nak study.. x tenang la jawabnya.

Then, aku terfikir, mcam ni ke keadaan di Palestin, Syria, Afghanistan? Kalau mcam ni la keadaannya atau worst, then kita memang kejam sebab x buat apa2. Tak dapat aku bayangkan budak2 kecik , orang orang tua 24 jam hidup dengan bunyi bom. Kalau la kat luar hostel aku skang ni sebenarnya tengah perang... seriously I don't know.

Tak tau sampai pukul berape makhluk2 ni nak main. Sampai tengah malam kot. Ye la, setahun sekali.

Wednesday, 7 November 2012

Accident kt microbiology lab




terpaksala buang tudung ni

kena pakai sarung tgn ke lps ni ek

Segan2

baju pn kena. waa

lab coat x terkecuali

adoyaiii

last spot.


Mana boleh buku x kena kan.

                                             

Terbaik.
                                                 
Good job huda.

Monday, 5 November 2012

Loneliness~~

Dah setahun lebih dah duduk kat India. One thing yg aku sedar , kat sini aku xde kawan macam kawan2 kat sekolah n sunway dulu. Bukan nak merungut, tapi.. dah jadi x seronok. Macam2 konflik timbul, luar dalam semua ada. Macam mana la x homesick. Dah tu duduk single room pula. Kesunyian makin menjadi jadi.


 Lagi 3 tahun setengah. Hmm.. sabar la wahai hati. Baru sekarang rasa tahu nak bersyukur dulu kawan2 yg aku ada, giler best.
That One time

That happening life.

Tuesday, 23 October 2012

The second most painful after labour pain..



is TOOTHACHE. Mesti korang gonyoh mata x percaya kan.  Well, I myself do not believe this at first. My experience about toothache is almost zero. hehe. Tapi dah lec kabo lagu tu, betul la gamaknya. Reason?
Sebab nerve dalam gigi travel through this tiny little opening at the root apex. Bila ada pain sensation/stimulus, dia xde gateway. Ruang utk this sensation escape tu limited, hence pressure build up.

Toothache must never be ignored ea. Kalau sakit yg 'ala nanti dia hilang la tu' or 'sket je ni' x dirawat, bersedialah untuk tak tido waktu malam . Tido siang pun x merasa. Bila kita baring, the pain is enhanced. Huhu.

Kalau yg severe toothache, pergi jumpa dentist, dia charge hundreds pun sanggup hulur kot, asalkan the ache diminish. That kind of relief, mcm dapat masuk toilet lepas tahan nak buang air. Haha. x tau la cemana nk ckp, tapi siyes lega la perasaannya.

Therefore, kalau sakit gigi, pergila jumpa dentist cepat2. Jangan tunggu teruk baru nak pergi. In that case, bawak duit bnyk2 sket ea. Boleh aku charge kome lebih. Hehe. Hari tu lec ak ckp, kalau biarrrr lelame, boleh invite penyakit lain kt area muka yg boleh mengakibatkan Death! Ha jgn main2.


p/s. Apart from sharing what I go through n what I do here through out another 4 years insyaAllah, I want to make my entries as beneficial and  as not boring to read as possible. If what happens is the opposite, please2 let me know. Hari ni huda mood english, tu yg merojak sakan tu.

McD oh McD







Assalamualaikum..

Hari ni terpanggil utk tulis entry pasal restoran makanan segera yang paling femes kt Mesia , tanah air tercinta ( eja Mesia pn x betul ) :P

Hmm, cemana nak start ea~~  Mesti korang pernah dengar kan pasal boikot barangan Israel. And salah 1 product israel yg pada aku WAJIB diboikot ialah McD. Kenapa? Sebab McD memang penyumbang terbesar kewangan israel yang mana keuntungan2 ini digunakan utk.. apa lagi aniaya saudara kita kt Palestin tu la selepas Coca Cola, Loreal Paris and Nestle.

Few years back, bila ada orang pas list brg2 israel, I went ' Alamak.. bnyk giler. Semua bnda ni ak guna. Susah la gini ' And decided utk ignore je bnda tu. (T_T) Beribu sesalan.. Bak kata Jaclyn Victor, Ning Baizura n Shila Amzah.

Few years later, selepas seruan demi seruan ( hikmah join usrah) hati terbuka utk start boikot. Alhamdulillah, dah 3 tahun x jamah McD n Coke. I'm sure, semua orang pn pernah menangis tengok macam mana sudara kita di Palestin tu kena seksa kan. Dibunuh tanpa belas. Kanak2 yg sepatutnya enjoy childhood diorg men PSP, men komputer ( macam anak sedara azwa asya bambam :D) menangis nangis kt umah hilang mak, hilang ayah. Yang perempuan, xyah cakap la, dirogol sesuka hati. Kalo kita kt tempat diorg.. xnakk!!

Actually, bnyk je kan alternatif lain utk kita. KFC Finger Lickin Good pn dasyat gak ape KFC dgr cite Mesia dh beli, so kita pnya. Setakat mana sahih, x sure.. Xleh Milo, Vico ada. Setakat coke tu, pepsi lagi sedap beb. Kalau brg make up, memang dah terang lagi bersuluh lampu neon la kan berlambaknya. Yang susah tu nafsu kita. Sebab McD, Nestle n Coke etc are in our blood kan. Tersangat la sebati. Faham, faham.

Suka nak share pasal kisah nabi Ibrahim. Masa baginda kena bakar, ada sekor burung yg kiut ni gi angkut air guna paruh dia yg kecik tu utk padamkan api. Sah sah la sia2. Cemana gayanya api tu nak padam? Habaqq mai. Tapi, dia usaha juga walaupun dia tau mustahil sebab, bila kat akhirat Allah tanya, dia boleh jawab dia dah usaha semampunya. Dia x duduk diam tengok sambil menagis teresak esak. Malu :(

So kita ni xkan nak kalah ngn burung kot. Really hurts our human pride k. Nak g palestin lawan ngn israel, dlm mimpi pn blm tentu sanggup kan. Jadi, memboikot brg2 mereka adalah cara yg kita plg mampu + sebar2kan pada org lain. Nanti Allah tanya, jawapan dh ada dlm poket :).

SUSAHH!! Ak xleh hidup tanpa BigMac! :) Sebab bnda tu susah la Allah tengok. Jom tambah saham akhirat. Korbankan makanan yg sedap ni, utk makanan yg jauh lebih osem dlm syurga nanti.

Download 1 video penyeksaan rakyat palestin ni. Simpan dlm phone ke, tab ke. Lalu je depan McD, rasa2 air liur dh nak meleleh tu, cpt2 tgk video. Konpem blah sambil bg jelingan maut kt McD tu. x caye try.

Tapi tapi tapi, jgn sebab boikot2 ni, kita jadi manusia membazir. Kalau ada org bagi setin air coke, jangan la depan2 muka dia baling masuk longkang. Membazir 1, kecik hati kwn tu. Ambil je, sambil2 tu pesan utk tidak diulangi perbuatan memberi anda air coke. Hehe. xde la.

Alhamdulillah. Setakat tu je. Ak bkn mcm Hilal Asyraf, pndai tulis bab2 gini. Setakat mana yg termampu . Terinspirasi dgn burung tadi.

p/s saje eja israel huruf kecil. Dia bkn negara sah pn. la la la la. ~~





Tuesday, 16 October 2012

Siap Sudahh


Finally, dah boleh tarik nafas lega. Done and approved. Hehe. Lepas ni waxing n acrylisation. Then my denture is ready to be used. :)










Kalau pin x sentuh kt tengah tu, FAIL!
Susah beb nak buat ni. Kena sebijik macam mana Allah susun gigi kita dalam mulut. Gigi mana bertembung dgn gigi mana, lurus ke bengkok ke, tinggi rendah. waahhh, pening lalat den dibuat eh. Kalau x sama, x berfungsi dgn baik la kan gigi I ni.

Boleh la ni pergi sekolah wat demo gosok gigi. Haha.